THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 7, 2009

Pengalamanku mengikuti ESQ 165 training

Di sini aku nak ceritakan sedikit pengalamanku mengikuti ESQ 165 training pada 15-17 Sept (Besday aku tuh!) 2008 di IOI Palm Resort, Putrajaya. Ape yang menarik, pada mulanya aku menganggap training yang di sponsor penuh (RM1,100/pax) oleh majikan aku tu sama saje macam training yang pernah aku ikuti dulu. Pada hari pertama dan melangkah sahaja ke dalam dewan itu. aku teruja melihat 8 set speaker yang teramatlah besarnya di sediakan di hadapan dan di belakang dewan. Ibarat ada konsert besar akan berlangsung. Aku tersenyum sorang2 memandangkan ianya tak pernah dibuat org sebelum ini. Terdapat juga 3 layar skrin yg besar di hadapan dewan. Kami yg terdiri drp 80 org kemudiannya diperkenalkan seorang demi seorang tenaga pengajar yg bakal memberikan training kepada kami. Sesudah selesai sesi intro, pintu dewan mula ditutup rapat sehingga tiada satu cahaya dari luar yg berjaya masuk ke dalam. Lampu besar ditutup, suasana gelap gelita. Suasana dalam dewan senyap. Hinggalah dibukakan slideshow dan disampaikan oleh penceramah En. Aminul Rachman (see http://esq.com.my/v1/?page_id=260)  yang didatangkan khas dari Indonesia memberikan training yang bertajuk 165 (1 value, 6 principles & 5 actions). Beliau berucap dlm BI, BM dan slang Indon yang aku dapat faham sikit2. Rata2 semua audience yg ada tak mengantuk wpun aku ni dah menguap 24 kali time tu...maklumla masa tu tengah puasa Ramadhan. Tiba2 beliau menyentap hati2 kami dengan menayangkan kekuasaan Allah di layar skrin. Iaitu gambar dunia yang luas.. Tiba2 suara beliau di speaker dewan diperbesarkan dan beliau menjerit.. "APAKAH ENGKAU  WAHAI MANUSIA MERASAKAN DUNIA INI SANGAT LUAS UNTUK MU?!!!" terkejut beruk dibuatnya, bergetar jantung mendengar dengungan suara dia... (time tu aku nak tergelak pun ada). Paparan skrin ditukarkan pulak kepada gambar Galaxy.."APAKAH ENGKAU WAHAI MANUSIA MERASAKAN GALAXY INI SANGAT LUAS UNTUK MU?!!!" Aku mula merasakan bulu roma aku meremang tanpa sebab atau mungkin rasa sejuk/terkejut/teruja melihat betapa indah dan luasnya ciptaan Allah. Kemudian beliau menyambung lagi..ntah berapa kali pun aku tak ingat (see http://en.wikipedia.org/wiki/Template:UniverseNav) sampailah dia cakap "APAKAH ENGKAU WAHAI MANUSIA MERASAKAN UNIVERSE INI SANGAT LUAS UNTUK MU?!!!" TIDAKKKK!!!!! KERANA SESUNGGUHNYA TIADA SESIAPA YANG MENGETAHUI BETAPA BESARNYA KEKUASAAN ALLAH. DAN BETAPA KERDILNYA KITA DI SISI-NYA. Aku mula merasa seram sejuk dengan kenyataannya.  (to be continued)

1 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !

ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"

Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

Terima kasih.

Wassalam..