Good Bye 2009!!! Tentunya tahun yang ditinggalkan itu ada pahit dan manisnya untuk diingati. Bagiku sudah pasti ianya memberikan impak dalam diri terutamanya pengalaman dan pengajaran yang dikutip pada masa lepas. Pengalaman manis tentunya menerima cahaya mata yang kedua Nurul Khaliesah pada 6 November 2009. Disamping itu turut menerima bonus dari majikan pada 25 May 2009, walaupun keadaan ekonomi semakin gawat ketika itu namun bersyukur sangat sebab dapat jugak bonus pada tahun itu. Bersyukur juga pada tahun itu ayahku telah pulih dari penyakit yang dialaminya iaitu pada 21 Oktober 2009...betapa risaunya kami sekeluarga dengan keadaan ayah ketika itu. Sambutan harijadi anak pertamaku Nurul Syaurah yang jatuh pada 1 Ramadan juga telah selamat diadakan di rumah ku diiringi bacaan doa oleh ayah ku pada 22 Ogos 2009. Penglibatanku as a team member dalam projek Six Sigma telah diberi "sedikit" imbuhan oleh majikan pada 30 September 2009 juga tidak dilupakan. Kejayaanku mendapatkan lesen CIDB pertama kali untuk majikanku pada 7 Oktober 2009 juga satu kepuasan yang tak dapat aku lupakan. Ok dah lah, sampai jumpa lagi pada tahun depan 2010. Babai!
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Thursday, December 31, 2009
Friday, October 23, 2009
Monday, September 7, 2009
Pengalamanku mengikuti ESQ 165 training
Di sini aku nak ceritakan sedikit pengalamanku mengikuti ESQ 165 training pada 15-17 Sept (Besday aku tuh!) 2008 di IOI Palm Resort, Putrajaya. Ape yang menarik, pada mulanya aku menganggap training yang di sponsor penuh (RM1,100/pax) oleh majikan aku tu sama saje macam training yang pernah aku ikuti dulu. Pada hari pertama dan melangkah sahaja ke dalam dewan itu. aku teruja melihat 8 set speaker yang teramatlah besarnya di sediakan di hadapan dan di belakang dewan. Ibarat ada konsert besar akan berlangsung. Aku tersenyum sorang2 memandangkan ianya tak pernah dibuat org sebelum ini. Terdapat juga 3 layar skrin yg besar di hadapan dewan. Kami yg terdiri drp 80 org kemudiannya diperkenalkan seorang demi seorang tenaga pengajar yg bakal memberikan training kepada kami. Sesudah selesai sesi intro, pintu dewan mula ditutup rapat sehingga tiada satu cahaya dari luar yg berjaya masuk ke dalam. Lampu besar ditutup, suasana gelap gelita. Suasana dalam dewan senyap. Hinggalah dibukakan slideshow dan disampaikan oleh penceramah En. Aminul Rachman (see http://esq.com.my/v1/?page_id=260) yang didatangkan khas dari Indonesia memberikan training yang bertajuk 165 (1 value, 6 principles & 5 actions). Beliau berucap dlm BI, BM dan slang Indon yang aku dapat faham sikit2. Rata2 semua audience yg ada tak mengantuk wpun aku ni dah menguap 24 kali time tu...maklumla masa tu tengah puasa Ramadhan. Tiba2 beliau menyentap hati2 kami dengan menayangkan kekuasaan Allah di layar skrin. Iaitu gambar dunia yang luas.. Tiba2 suara beliau di speaker dewan diperbesarkan dan beliau menjerit.. "APAKAH ENGKAU WAHAI MANUSIA MERASAKAN DUNIA INI SANGAT LUAS UNTUK MU?!!!" terkejut beruk dibuatnya, bergetar jantung mendengar dengungan suara dia... (time tu aku nak tergelak pun ada). Paparan skrin ditukarkan pulak kepada gambar Galaxy.."APAKAH ENGKAU WAHAI MANUSIA MERASAKAN GALAXY INI SANGAT LUAS UNTUK MU?!!!" Aku mula merasakan bulu roma aku meremang tanpa sebab atau mungkin rasa sejuk/terkejut/teruja melihat betapa indah dan luasnya ciptaan Allah. Kemudian beliau menyambung lagi..ntah berapa kali pun aku tak ingat (see http://en.wikipedia.org/wiki/Template:UniverseNav) sampailah dia cakap "APAKAH ENGKAU WAHAI MANUSIA MERASAKAN UNIVERSE INI SANGAT LUAS UNTUK MU?!!!" TIDAKKKK!!!!! KERANA SESUNGGUHNYA TIADA SESIAPA YANG MENGETAHUI BETAPA BESARNYA KEKUASAAN ALLAH. DAN BETAPA KERDILNYA KITA DI SISI-NYA. Aku mula merasa seram sejuk dengan kenyataannya. (to be continued)
Posted by sufian azli at 1:16 PM 1 comments
Labels: kenangan
Wednesday, August 19, 2009
Geng lama kat UUM
nafy, jent, alip, nick, zack, joe, peroz & ijan. Start kenal masa aku kat matrix lg kat kolej telekom. sorg2 aku kenal. Lama2 slalu lepak sesama sampai degree. Kitorg pindah plak kat kolej EON. Lg best kitorg yg tubuhkan kelab EON Adventure Team yg mana sumer stud kolej EON boleh join utk xtvt lasak. Aku ditugaskan handle permainan yg melibatkan Air. Tak kisahla berkayak ke, berenang ke, mandi jeram ke, sampai la belajar menyelam. Mmg best time tu..
Posted by sufian azli at 12:19 PM 1 comments
Labels: kenangan
Subscribe to:
Posts (Atom)










